Monday, August 10, 2009

Florist - MMU Convofest 2009


Selang seminggu selepas berakhirnya CRC 09, saya kembali sibuk. Tugas saya rupanya tidak terhenti distu. CRC 09 telah menutup tirainya namun Convofest 09 baru sahaja bermula.

Beberapa hari selepas tamatnya CRC 09, saya sempat pulang ke johor untuk beberapa malam. Terubat rasanya rindu bila melihat kedua ibu bapa menyambut kepulangan saya setelah 2 bulan bersua. Tp sayangnya saya tidak dapat berada lama di sana. Mengenangkan ada lagi tugas-tugas yang patut saya lakukan di sini.

Sekembalinya saya di Cyberjaya, tanpa sempat mandi atau menukar pakaian, saya terus ke SLA Room, di mana tempat committee-committee Convofest berkumpul dan mengadakan meeting. Kali ni saya turut serta dalam event Florist, iaitu menjual jambangan bunga sepanjang berlangsungnya hari convocation nanti. Tugas saya agak berat, tapi simple je, tak memerlukan comitment yang tinggi, tapi badan tu sakit-sakit sikit la. Saya perlu menghantar bekalan jambangan bunga yang telah digubah dari SLA room ke tapak-tapak penjualan bunga. tapi bukan saya sorang, ramai lagi abang-abang bunga yang lain turut membantu.

Overall, event Florist ni memang sangat best, one of the best event yang pernah saya join. sebab tuan-tuan directornya (Rina & Chap) sungguh productive dan pro-active. Huhu.. Diorang memang best, friendly and senang close. Event ni berlangsung selama 3 hari, iaitu sepanjang convocation day, 6,7,8 Ogos. Dan kami bukan hanya bekerja diwaktu siang, malah malam juga. Ini kerana bunga-bunga tersebut harus dihantar ke tapak-tapak penjualan diwaktu malam, kerana pelawat akan mula tiba seawal 6 pagi. Jadi oleh kerana bunga-bunga tersebut akan bermalam di tapak penjualan, maka adalah seorang dua yang kena berkorban berjaga malam disitu. Dan sayalah salah seorang yang terpaksa tidur kat situ.. :(

Letih macam mana sekalipun, event ni tetap akan diingati (sebab ramai awek) Haha.. Kerana di sinilah bermulanya perkenalan antara saya, Zaim & Nard, dengan orang-orang baru seperti Shigim, Rina, Chap & Dinah..


No comments:

Post a Comment