Sunday, August 2, 2009

Cyberjaya Road-Runner Challenge 2009


Seletelah puas berhempas-pulas selama lebih kurang 1 bulan dalam menjayakan event CRC ini, akhirnya kami berjaya juga menjalankan event ini dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Namun situasi di checkpoint saya agak kucar kacir sedikit apabila kebanyakan team menyerbu datang secara serentak. ini menyebabkan saya terkelu seketika kerana tidak dapat mengawal situasi yang amat tidak dijangkakan. Namun walaubagaimanapun, Alhamdulillah keadaan akhirnya terkawal dengan bantuan Zaim, Nard, Bazrina & Lynda.


Sebulan bekerja keras kini berakhir sudah event ini dgn jayanya. Huhh.. Lega.. Tahniah diucapkan kepada team-team yang menang dan kepada yang kurang bernasib baik boleh cuba lagi next time k. Kami akan improve segala kelemahan kami dan bercadang akan mengadakan event ini sekali lagi di masa akan datang, malah lebih besar lagi, iaitu CPRC (Cyber-Putra Road-Runner Challenge), bukan sahaja merangkumi kawasan sekitar Cyberjaya malah juga Putrajaya.

Terima kasih diucapkan kepada Amir Yaacob, Shedot, Zaim, Eton, Nard, Bazrina & Lynda. Dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada committee-committee lain yg sama-sama berhempas-pulas dalam menjalankan tugas masing-masing. Ini merupakan satu lagi pengalaman baru bagi saya dimana saya dapat meningkatkan leadership skills saya dan di sini saya dapt lihat di mana kelemahan saya seterusya berusaha untuk memperbaikinya.

 
 

No comments:

Post a Comment