Sunday, August 16, 2009

Convofest 09 Appreciation Dinner

Dah lama saya nantikan peluang ini, setelah lebih sebulan berhempas pulas dan memerah otak dalam menjayakan 2 event Convofest 2009, CRC & Florist, saya rasa saya patut dipilih hadir ke majlis Appreciation Dinner ni. Seramai lebih kurang 200 orang committee, hanya lebih kurang 90 orang sahaja yang menerima invitation ke majlis makan malam tersebut, kerana kebanyakan comittee tak buat kerja dan ada juga yang langsung tidak pernah datang meeting.
Convofest Appreciation Dinner kali ini telah diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dimana VIP dan beberapa Band In-di & perfomer lain juga turut hadir.


Persiapan saya untuk ke majlis ini boleh dikatakan agak rapi la. Kebetulan waktu tu loan saya baru saja masuk, so bolehlah saya membeli-belah lebih sedikit untuk ke majlis terebut. Saya dan Zaim telah bercadang untuk berpakain formal dan secara tidak disangka-sangka saya dan Zaim pada malam itu agak ter-overdress sedikit, Hahaa.. Abang-abang Hi-Com, Performer dan VIP pon berpakaian sederhana je.


Malam itu merupakan malam yang agak bertuah bagi saya, dimana saya telah mendapat 3 buah hamper melalui game berkumpulan, game berseorangan dan 2nd prize lucky draw, sampaikan pengacara majlis pun naik bosan balik-balik muka saya yang naik stage. Haha.. nak buat macam mana.. Dah rezeki saya. Dan saya rasa amat berbaloi dengan segala penat lelah dan usaha saya dalam menjayakan 2 event Convofest ini, daripada persiapan event CRC 09 hinggalah berakhirnya event Florist dgn jayanya.


Zaim juga tidak kurang hebatnya dimana dia juga mendapat sebuah hamper, tapi malangnya hamper terebut hilang sewaktu dia sedang leka mengambil photo awek-awek.. Hampa.. Haha.. Kesian melihat beliau, saya pun rasakanla sikit hamper saya kat dia dan rakan-rakan yg lain. Haha.. Nak banyak tak boleh la.. tu aku punya.. =D


Overall, dinner ni memang best, sebab malam tu merupakan malam bertuah bagi saya, dan saya rasa tak rugi spent banyak duit membeli pakaian untuk digayakan pada malam itu. So, Convofest tahun depan, sure korang semua akan dapat lihat muka saya sekali lagi. ;)


1 comment: