Nak dipendekan cerita, si
Ivan ni sebenarnya mengajak saya menjadi pelakon tambahan &
stunt-man dalam pengambaran
filem REMP-IT V3 arahan sulung
Farid Kamil. Tanpa banyak bersoal-jawab saya terus setuju dengan pelawaan itu. haha.. Sungguh bertuah. Peluang emas datang tiba-tiba. Sape nak tolak oii.. huhu.. Memang jarang sekali dapat.
Maka berjalanlah rancangan seperti yang saya bayang-bayangkan. Malam itu jugak saya ke KL bersama Ivan untuk berjumpa dgn
Coleography kitorg,
Ruben. Dan pada malam itu jugalah titik pertemuan dan perkenalan antara saya dengan
Amir, Skem & Zaim. Mereka bertiga juga sama-sama student
MMU.
Pada hari pengambaran, maka berjumpalah kami dgn ramai artis-artis terkenal seperti
Farid Kamil, Bront Palare, Rady OAG, Aqasha, Lisa Surihani, Liyana Samsudin & ramai lagi. Sungguh terkedu dan tak percaya saya pada mulanya. Haha.. Siapa sangka saya dapat sama-sama berlakon dengan diorang (artis-artis) walaupon hanya sebagai
stunt-man.. ok laa tu.. Atlist pernah ada pengalaman berada di belakang camera.. So next time tgok apa-apa cerita sure dah dapat bayangkan dah macam mana keadaan sebenar kat sana.
Ada diantara artis-artis yang namanya ada disebut di atas tadi, sesetengah daripada mereka sangat peramah. Dan ada jugak yang terlebih peramah. haha.. Sangat senang nak
getting close. Haa.. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah
Rady OAG. Ada juga diantara mereka yang tak sangka, sangat bengis, sombong dan panas baran. Rasanye tak perlulah disebut namanya di sini. Kang tak pasal-pasal dapat
testimoni buruk pulak kan artis tu. Tapi saya percaya anda pasti dapat agak siapakah beliau yang saya maksudkan.. Tak taulah kenapa beliau acting macam tu sekali. Adakah kerana terlalu
presure? Atau penat? Apa pon alasan beliau sekalipun, beliau sememangnya tak patut bersikap sedemikian.
Hmm tak kesah lah, siapa pun nak lakukan apa-apa sekali pun, biarlah dia, asalkan dia hepy dengan cara dia. Yang penting saya akan jadikan pengalaman ni sebgai satu titik tolak dalam kehidupan saya untuk terus maju & berjaya. Dan yang paling penting, dari sinilah bermulanya episod baru hidup saya bersama
Amir, Skem & juga Zaim. Haha.. Thanks to
Ivan sebab dalam ramai-ramai kawan dia,
Nazz jugak yang dia cari.. credit to him.. ;)