Tuesday, March 24, 2009

MMU Open Day 2009


Selepas beberapa minggu melakukan latihan tarian, kini tiba waktunya untuk kami dancer-dencer kelab SAKTI untuk melakukan persembahan di MMU Open Day 2009. Tarian yang kami persembahkan kali ini merupakan tarian Canggung, iaitu tarian yang sama seperti tarian yang kami persembahkan di FESCO UTP yang lalu. Jadi persembahan kali ini tentulah lebih sempurna kerana kebanyakan diantara kami merupakan orang yang sama menari di FESCO 09.

Event kali ini sangat sempoi, kami just buat persembahan untuk menghiburkan orang yang keluar masuk di area Grand Hall. So kitaorang takde presure langsung dan masing-masing pun dapat menari dengan begitu baik.


Wednesday, March 11, 2009

SAKTI Club, Training Session


Selepas 2 minggu pulang dari UTP, event FESCO di Perak, kelab SAKTI MMU kini kembali beroperasi. Semua dancer-dancer lelaki dan perempuan kini kembali menyambung latihan seperti biasa berteampat di MMU Old-gym, pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu selama hampir 2 bulan, untuk persediaan tarian yang bakal dipersembahkan di event-event seterusnya.


Pada masa ini kami di bawah kelab SAKTI MMU sangat aktif, dalam masa lebih kurang 1 bulan akan datang, kami akan membuat persembahan di 3 events, iaitu MMU Open Day, MMU Award & yang terbesar, MMU FESTARI, yang julung kalinya akan diadakan, di mana Tun Siti Hasmah sendiri akan hadir pada majlis ini.