Saturday, May 9, 2009

Theater action on TAKE-3

Seminggu selepas event FESTARI, saya kembali sibuk. Pada 7 Mei 2009, saya sekali lagi turut serta dalam satu lagi event, dan kali ni saya menjadi pelakon theater di bawah Club Theater MMU (TAMU). Event ni diadakan setahun sekali, dan ini adalah tahun ke-3 event ini, iaitu TAKE-3. 

TAKE-3 merupakan event yang cukup sederhana, tidak memerlukan modal yang besar dan tidak memerlukan bilangan krew yang ramai. Sangat sempoi. Tapi event ni tak kurang hebatnya kerana kami mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti dan akhirnya kami mampu membuat audience tergelak sakan dengan lawak-lawak spontan dari Amir, Bob, Skem, Faiz, Daniel & para pelakon lain.

So, benefit yang saya dapat melalui event ni adalah, saya dapat meningkatkan keyakinan diri bila bercakap dan berhadapan dengan orang lain, mengikut peringkat umur status dan lain-lain. Selain itu saya juga dapat memperbaiki tahap karisma saya dan juga berkenalan dengan ramai orang baru.