Thursday, August 20, 2009

Uhukk uhukk...

Pulang dari Convofest Appreciation Dinner kami (Zaim, Nazz & Nard) tidak bersendirian. Kalau dulu kami cuma bertiga, tapi kini Shigim, Rina, Chap & Dinah telah officialy manjadi sebahagian dari kami.. Welcome to the club.. ;)



Melalui event Florist yang lalu, Rina & Chap sebagai Director & Hi-Com event tersebut sementara Shigim & Dinah pula merupakan ahli-ahli committee yang sama-sama bertungkus-lumus dalam event Florist tersebut, tertarik dengan kenakalan kami yang peramah dan kadang-kadang masuk air. Kami bertujuh kini merupakan teman-tapi-mesra dimana kami selalu hang out berkaraoke & menonton wayang bersama dan kami saling berkongsi cerita dan masalah masing-masing seperti dalam sebuah keluarga.


Setiap orang daripada kami mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing tapi selagi kami bertolak ansur dan memahami perangai & sikap masing-masing, selagi itulah kami akan sentiasa masuk air.. Haha.. Geng ni memang sangat happening. Tak kira perempuan atau laki-laki, semuanya jenis yang selumber, tak reti nak control cun dan suka merepek. haha.. =))

Sunday, August 16, 2009

Convofest 09 Appreciation Dinner

Dah lama saya nantikan peluang ini, setelah lebih sebulan berhempas pulas dan memerah otak dalam menjayakan 2 event Convofest 2009, CRC & Florist, saya rasa saya patut dipilih hadir ke majlis Appreciation Dinner ni. Seramai lebih kurang 200 orang committee, hanya lebih kurang 90 orang sahaja yang menerima invitation ke majlis makan malam tersebut, kerana kebanyakan comittee tak buat kerja dan ada juga yang langsung tidak pernah datang meeting.
Convofest Appreciation Dinner kali ini telah diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dimana VIP dan beberapa Band In-di & perfomer lain juga turut hadir.


Persiapan saya untuk ke majlis ini boleh dikatakan agak rapi la. Kebetulan waktu tu loan saya baru saja masuk, so bolehlah saya membeli-belah lebih sedikit untuk ke majlis terebut. Saya dan Zaim telah bercadang untuk berpakain formal dan secara tidak disangka-sangka saya dan Zaim pada malam itu agak ter-overdress sedikit, Hahaa.. Abang-abang Hi-Com, Performer dan VIP pon berpakaian sederhana je.


Malam itu merupakan malam yang agak bertuah bagi saya, dimana saya telah mendapat 3 buah hamper melalui game berkumpulan, game berseorangan dan 2nd prize lucky draw, sampaikan pengacara majlis pun naik bosan balik-balik muka saya yang naik stage. Haha.. nak buat macam mana.. Dah rezeki saya. Dan saya rasa amat berbaloi dengan segala penat lelah dan usaha saya dalam menjayakan 2 event Convofest ini, daripada persiapan event CRC 09 hinggalah berakhirnya event Florist dgn jayanya.


Zaim juga tidak kurang hebatnya dimana dia juga mendapat sebuah hamper, tapi malangnya hamper terebut hilang sewaktu dia sedang leka mengambil photo awek-awek.. Hampa.. Haha.. Kesian melihat beliau, saya pun rasakanla sikit hamper saya kat dia dan rakan-rakan yg lain. Haha.. Nak banyak tak boleh la.. tu aku punya.. =D


Overall, dinner ni memang best, sebab malam tu merupakan malam bertuah bagi saya, dan saya rasa tak rugi spent banyak duit membeli pakaian untuk digayakan pada malam itu. So, Convofest tahun depan, sure korang semua akan dapat lihat muka saya sekali lagi. ;)


Tuesday, August 11, 2009

MMU Graduation Day - Convofest 2009



Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang baru sahaja menanmatkan pengajian di MMU dan graduate pada 6, 7 dan 8 Ogos lalu. Tahniah sekali lagi diucapkan. Korang selepas ni dah melangkah ke alam pekerjaan dan sure tanggungjawab tu lebih besar lagi. And siapa-siapa yang dah ada calon tu dah boley daa. Apa tunggu lag. Huhu.. Tapi jangan lupa jemput okay.

Tengok korang semua masing-masing dah grad, aku ni masih lagi tak habis-habis study. Touching plak kadang-kadang rasanya. Hmmm.. So kepada Ashrul, Shah, Azy, Zaida dan yang lain-lain, aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada korang. Semoga korang dapat kerja yang best-best. All the best.. ;)

Monday, August 10, 2009

Florist - MMU Convofest 2009


Selang seminggu selepas berakhirnya CRC 09, saya kembali sibuk. Tugas saya rupanya tidak terhenti distu. CRC 09 telah menutup tirainya namun Convofest 09 baru sahaja bermula.

Beberapa hari selepas tamatnya CRC 09, saya sempat pulang ke johor untuk beberapa malam. Terubat rasanya rindu bila melihat kedua ibu bapa menyambut kepulangan saya setelah 2 bulan bersua. Tp sayangnya saya tidak dapat berada lama di sana. Mengenangkan ada lagi tugas-tugas yang patut saya lakukan di sini.

Sekembalinya saya di Cyberjaya, tanpa sempat mandi atau menukar pakaian, saya terus ke SLA Room, di mana tempat committee-committee Convofest berkumpul dan mengadakan meeting. Kali ni saya turut serta dalam event Florist, iaitu menjual jambangan bunga sepanjang berlangsungnya hari convocation nanti. Tugas saya agak berat, tapi simple je, tak memerlukan comitment yang tinggi, tapi badan tu sakit-sakit sikit la. Saya perlu menghantar bekalan jambangan bunga yang telah digubah dari SLA room ke tapak-tapak penjualan bunga. tapi bukan saya sorang, ramai lagi abang-abang bunga yang lain turut membantu.

Overall, event Florist ni memang sangat best, one of the best event yang pernah saya join. sebab tuan-tuan directornya (Rina & Chap) sungguh productive dan pro-active. Huhu.. Diorang memang best, friendly and senang close. Event ni berlangsung selama 3 hari, iaitu sepanjang convocation day, 6,7,8 Ogos. Dan kami bukan hanya bekerja diwaktu siang, malah malam juga. Ini kerana bunga-bunga tersebut harus dihantar ke tapak-tapak penjualan diwaktu malam, kerana pelawat akan mula tiba seawal 6 pagi. Jadi oleh kerana bunga-bunga tersebut akan bermalam di tapak penjualan, maka adalah seorang dua yang kena berkorban berjaga malam disitu. Dan sayalah salah seorang yang terpaksa tidur kat situ.. :(

Letih macam mana sekalipun, event ni tetap akan diingati (sebab ramai awek) Haha.. Kerana di sinilah bermulanya perkenalan antara saya, Zaim & Nard, dengan orang-orang baru seperti Shigim, Rina, Chap & Dinah..


Sunday, August 2, 2009

Cyberjaya Road-Runner Challenge 2009


Seletelah puas berhempas-pulas selama lebih kurang 1 bulan dalam menjayakan event CRC ini, akhirnya kami berjaya juga menjalankan event ini dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Namun situasi di checkpoint saya agak kucar kacir sedikit apabila kebanyakan team menyerbu datang secara serentak. ini menyebabkan saya terkelu seketika kerana tidak dapat mengawal situasi yang amat tidak dijangkakan. Namun walaubagaimanapun, Alhamdulillah keadaan akhirnya terkawal dengan bantuan Zaim, Nard, Bazrina & Lynda.


Sebulan bekerja keras kini berakhir sudah event ini dgn jayanya. Huhh.. Lega.. Tahniah diucapkan kepada team-team yang menang dan kepada yang kurang bernasib baik boleh cuba lagi next time k. Kami akan improve segala kelemahan kami dan bercadang akan mengadakan event ini sekali lagi di masa akan datang, malah lebih besar lagi, iaitu CPRC (Cyber-Putra Road-Runner Challenge), bukan sahaja merangkumi kawasan sekitar Cyberjaya malah juga Putrajaya.

Terima kasih diucapkan kepada Amir Yaacob, Shedot, Zaim, Eton, Nard, Bazrina & Lynda. Dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada committee-committee lain yg sama-sama berhempas-pulas dalam menjalankan tugas masing-masing. Ini merupakan satu lagi pengalaman baru bagi saya dimana saya dapat meningkatkan leadership skills saya dan di sini saya dapt lihat di mana kelemahan saya seterusya berusaha untuk memperbaikinya.