Wednesday, April 22, 2009

FESTARI 2009, is another brilliant experience



Jikalau MMU Open Day saya hanya menari, tapi di FESTARI saya menyambut Tun Siti Hasmah dari bilik persalinannya dan mempersembahkan seni silat secara solo di hadapan beliau & VVIP lain. Kemudian saya bersama dayang-dayang dan abang-abang berkuda kepang mengiringi Tun di red carpet dari pintu masuk grand hall ke tempat duduk beliau.


FESTARI merupakan event tahunan dan terbesar yang julung kalinya dianjurkan oleh kelab SAKTI, di mana event ini mempertandingkan Piala Tun Siti Hasmah, yang disertai oleh University-university & kolej-kolej swasta dan kerajaan.
 



Friday, April 3, 2009

The worst, and the best birthday ever in my life

2 April 2009, merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-23. Ini bermakna saya dah hidup dalam dunia ni dan celik mata bangun dari tidur setiap pagi sebanyak 8396 kali. Hmm..




Sambutan birthday saya kali ni merupakan yang terburuk, dan juga yang terbaik. Yang terburuk kerana, seseorang yang dikasihi menghilangkan diri sejak 4 bulan yang lalu, tanpa sebarang khabar berita. Setiap tahun selama 4 tahun yang lepas, pada tarikh keramat ini pasti kami akan keluar bersama-sama menyambut pada detik 12 malam dan juga detik 4.55 petang, iaitu waktu saya keluar dari perut ibu saya. Hahaa..


Biarpun beliau tiada disisi, namun teman-teman yang lain tetap mengingati. Ada yang saya dengar diorang nak buat suprise party? Haha.. Katanya siap nak book hotel lagi, tapi ada sedikit masalah teknikel kot. Tapi takpe. Yang penting diorang ingat. huhu..


Pada malam 1 April tu saya bersama Zaim, Amir, Skem, Zaida & Ika keluar ke karaoke, tempat biasa la mana lagi, Alamanda. Waktu tu takde siapa pun yang tahu malam itu adalah harijadi saya kecuali Zaim. Haha.. Saya pun senyap je laa. Kang tak pasal-pasal kene baling telur. Haha.. Tapi rupanya diorang dah plan dah. Hahaa. Habis basah satu badan kene simbah dgn air mineral & popcorn yang tak habis di makan time karakoke tadi. Selepas tu Ika yang baru sahaja saya kenal malam tu bawa kitaorang ke sebuah kedai makan di Presint 9. Dia belanja cake coklat. hmm.. thank you.. thank you..

Ramai juga yang wish saya pada malam tu melalui SMS dan call. Dan tak kurang ramai juga yang wish melalui Yahoo Messenger & Facebook. Inilah sambutan harijadi yang paling meriah dalam hidup saya kerana begitu ramai kawan-kawan yang mengingati, namun semeriah mana pun, ia tak sama dan tak akan dengan sambutan bersama seseorang, pada tahun-tahun yang sebelumnya. 


Special Thanks to Syeera, Kem, Zaim, Zaida, Amir, Skem, Ika, Aireen, Dya, Shah & etc.