Thursday, July 23, 2009

Preparation for 'CRC 2009'

Semesta baru di MMU kini baru sahaja bermula, bermaksud banyak lagi episod-episod baru yang bakal saya lalui. Hari ini satu lagi event yang saya turut serta, iaitu MMU Convofest 2009, merupakan event tahunan yang terbesar MMU anjurkan. Ini kerana ianya melibatkan banyak kelab-kelab & Organisasi MMU seperti SRC, MMRC, GDC, Usrah, Sekolah@MMU, Sports Club dan banyak lagi. Dan setiap kelab akan menganjurkan event masing-masing. Jadi di bawah event Convofest ini terdapat banyak lagi event-event seperti CRC, LAN Games, Futsal, Giant Chess, Chocolate Fair, Reptile Show, Seminar and Bazaar & Florist. Dan event Convofest ini juga memerlukan bilangan committee yang sangat ramai, lebih kurang 200 orang. Jadi saya tidak melepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang daripada mereka untuk sama-sama meraikan rakan-rakan yg bakal graduate pada 6 hingga 8 Ogos nanti.



CRC (Cyberjaya Road-Runner Challenge) yang dianjurkan dibawah MMRC (MMU Motorsport & Recreational Club) merupakan event yang saya pilih untuk turut-serta berbanding event-event lain kerana ianya agak menarik dan sesuai dengan minat saya. Event CRC ini adalah berkonsepkan 'Treasure Hunt' ala Amazing Race, di mana setiap team perlu melakukan tasks yg diberikan di setiap checkpoint, dan mana-mana team yang berjaya menghabiskan kesemua 11 checkpoint terlebih dahulu akan dianggap sebagai pemenang. Setiap team terdiri daripada 3 orang peserta dan sebuah kereta, mereka perlu menggunakan kereta masing-masing untuk pergi dari checkpoint ke checkpoint-checkpoint yang lain. Event ini memakan masa lebih kurang 3 hingga 4 jam.

Pada awalnya saya ingin turut-serta sebagai committee biasa sahaja, tapi dalam sebuah meeting yg diadakan, saya telah dipilih oleh Amir Yaacob, (Director of CRC) untuk membantunya menjadi Head-Marketing bagi event tersebut. Ini bermaksud akan sibuklah diri saya sepanjang persiapan sehinggalah selesai event ini nanti.




Hmmm.. Memang betul pun. Saya termatlah sibuk sepanjang perjalanan event ni, daripada memikirkan hal-hal berkaitan marketing seperti marketing plan, promosi & pengiklanan, membuka booth pendaftaran, road-show, menyediakan form & flyer dari proses menaip hingga ke photostat, mengedarkan flyers, mendaftarkan participant yang berminat, mengemas kini senarai & details participants yg telah membuat pembayaran sehinggalah memberi update information kepada participants yg telah mendaftar. Semuanya saya kena fikir dan buat seorang sendiri. Sampaikan kerja-kerja menggantung banner & poster di sekeliling campus pun saya yang kene buat. Nasib baiklah ada Amir Yaacob, Zaim & Eton tolong sikit-sikit.


Mana perginya budak-budak bawah saya? Huhhh.. Memang ada.. Ramai.. Tapi tak boleh pakai. Masing-masing tak tau buat kerja. Nak tunggu disuruh baru nak buat. Tak pandai cari kerja langsung.. Itu pun kalau disuruh belum tentu diorang buat. Tapi tak semua la. Ada segelintir yang sudi jugak kesian kat saya. Macam Zaim, Nard, Eton, Bazrina & Lynda. Yang lain tak boleh harap. Tau nak jadi comittee, nak nama, nak T-shirt, nak certificate, tapi tak nak buat kerja. Alasan ada class la, ada assignment la. Macam la saya ni takde class takde & assignment. Tapi pandai-pandai la bahagikan masa. Apa ertinya kamu melangkah ke university seandainya tak tahu membahagikan masa dan hanya tahu pergi balik class semata-semata. Tu yang puncanya kebanyakan graduan susah nak dapat kerja, sebab OBE rate diorang sangat rendah.

Ini baru cerite pasal persiapan event, tugas saya sebagai Head-Marketing, belum lagi kerja-kerja untuk hari berlangsungnya event dimana saya ditugaskan sebagai ketua checkpoint. Saya la yang kena planning game & task untuk checkpoint, saya la yg kene pergi cari & beli barang-barang untuk checkpoint dan saya jugalah yang kene setup segala stuff yang akan digunakan di checkpoint saya nanti. Huhhh.. Macam manalah saya nak fikirkan kesemua perkara dalam satu masa. Sampaikn saya rasa 24 jam yang diberikan saya dalam 1 hari tak mencukupi, tidur pon entah kemana. Adeehhhh..