Tuesday, February 24, 2009

Breaking the Habit

Hangout ke Alamanda Putrajaya tengok wayang & berkaraoke bersama Amir, Zaim, Aireen Zaida & Eyqa. Time ni kitaorang tengah masuk air dan sangat obses dengan cerita kartun Wonderpet. Kami diketuai oleh Amir (sifu) sebagai kapten Wonderpet mengadakan sesi photography sambil melakukan gaya dan aksi-aksi keanak-anakan. Haha.. Masing-masing dah tua sebenarnya. Dan ada yang dah sangat tua, 23, 25, dan 27 tahun pun ada.

 
 

Monday, February 16, 2009

FESCO 2009 at UTP

Beberapa minggu selepas pengalaman REMP-IT V3, saya sekali lagi terjebak dengan satu lagi aktiviti agak aneh, Festival Tarian Tradisional. Haha.. lawak kan? Ceritanya camni. Satu hari saya bertembung dgn Zaim dalam washroom (kebetulan bilik hostel kami berhadapan sejak sebelum kami kenal). Zaim bercerita dia ada turut-serta dalam persembahan tarian tradisional, tapi malangnya dia tidak ada bakat untuk menari. Haha.. Dan dia mintak tolong saya gantikan. (Serahkan pada yang pro). Sebenarnya saya pun tak pernah lagi ada pengalaman dalam benda-benda macam ni. Tapi disebabkan takde pengalaman laa saya nak cari pengalaman. apa salahnya mencuba kan?

Nak dipendekkan cerita, nama Event ni FESCO, dianjurkan oleh UTP, Perak. Wakil-wakil MMU yang datang kesana menaiki sebuah bas yang sarat dengan penumpang, terdiri daripada peserta-peserta tarian tapi kebanyakanya budak-budak yang tak ada kene-mengena, (supporter laa kononye). Saje je nak amik kesempatan dapat jalan-jalan. Haha.


Tapi apapun trip kitaorg ke UTP ni memang sangat best walaupun sehari je. Sebab ramai supporter yang tak ada kene-mengena ikut. Haha.. Ramai gila kawan-kawan lama saya yang jumpa balik time ni. Dah tak ingat la yang mana satu dan kenal dari mana. Ramai sangat. Dan masing-masing semua frienly and close.. Biasanya students MMU ni suka buat hal masing-masing.. Tapi kali ni, budak-budak yang ikut ni jenis yang suka jaga tepi kain orang.. huhu.. dah lama tak jumpa budak MMU yang macam ni.. ;p

So the conclusion is, event kali ni sangat best dan jarang di jumpai. Yang membuatkan best tu bukanlah event tu sebenarnya, tapi orang-orang yang turut-serta dan juga orang ikut menyibuk sekali. haha.. Apa-apa pun, satu lagi pengalaman aneh baru saya, menari tarian tradisional. :)