Beberapa minggu selepas pengalaman
REMP-IT V3, saya sekali lagi terjebak dengan satu lagi aktiviti agak aneh, Festival Tarian Tradisional. Haha.. lawak kan? Ceritanya camni. Satu hari saya bertembung dgn
Zaim dalam washroom (kebetulan bilik hostel kami berhadapan sejak sebelum kami kenal).
Zaim bercerita dia ada turut-serta dalam persembahan tarian tradisional, tapi malangnya dia tidak ada bakat untuk menari. Haha.. Dan dia mintak tolong saya gantikan. (Serahkan pada yang pro). Sebenarnya saya pun tak pernah lagi ada pengalaman dalam benda-benda macam ni. Tapi disebabkan takde pengalaman laa saya nak cari pengalaman. apa salahnya mencuba kan?

Nak dipendekkan cerita, nama Event ni
FESCO, dianjurkan oleh
UTP, Perak. Wakil-wakil
MMU yang datang kesana menaiki sebuah bas yang sarat dengan penumpang, terdiri daripada peserta-peserta tarian tapi kebanyakanya budak-budak yang tak ada kene-mengena, (
supporter laa kononye). Saje je nak amik kesempatan dapat jalan-jalan. Haha.

Tapi apapun trip kitaorg ke
UTP ni memang sangat best walaupun sehari je. Sebab ramai
supporter yang tak ada kene-mengena ikut. Haha.. Ramai gila kawan-kawan lama saya yang jumpa balik time ni. Dah tak ingat la yang mana satu dan kenal dari mana. Ramai sangat. Dan masing-masing semua
frienly and
close.. Biasanya
students MMU ni suka buat hal masing-masing.. Tapi kali ni, budak-budak yang ikut ni jenis yang suka jaga tepi kain orang.. huhu.. dah lama tak jumpa budak
MMU yang macam ni.. ;p
So the conclusion is, event kali ni sangat best dan jarang di jumpai. Yang membuatkan best tu bukanlah event tu sebenarnya, tapi orang-orang yang turut-serta dan juga orang ikut menyibuk sekali. haha.. Apa-apa pun, satu lagi pengalaman aneh baru saya, menari tarian tradisional. :)